Search This Blog

Tuesday, November 30, 2010

Bak oh Bak...merinduimu setiap masa..

Assalamualaikum...


Semasa aku mngarang entry ini, aku masih lagi berada dirumah arwah ayah kesayanganku di Flat Gelong Bilal, Kuala Terengganu. Suasana sejuk,nyaman dan tenang amat damai terasa. Walau pun tuan empunya rumah ini sudah hampir 3 tahun pergi meninggalkan kami selama-lamanya....Aku masih ingat tanggal 14/2/2008, sedang aku nyenyak tidur,aku dikejutkan dengan ketukan bertalu2 pintu bilik sewaku di shah alam. Waktu aku membuka pintu bilik sewaku itu jam menunjukkan 4.05 minit pagi.


Pelik jugak rasanya siapa yang mengetuk pintu pagi2 buta cam ni...housemate ku yang mengetuk nya dan ditangan nya memegang hanset nya dan memberikan padaku...sambil berkata"kak farah, hubby akak col ni..."...pelik...kenapa tak col hset aku..oooo hset aku tngah caj diruang tamu..padanlah aku tak dengar bunyi dia...aku terus mengambil hset tersebut dan tanya suami aku kenapa col ni...kul 4 pagi pulak tu....suami aku hanya memberitahu "mama....balik ke terengganu sekarang!!...."...aku tergamam....tanpa tahu lagi sebab nya kenapa??...aku tanya lagi hubby aku..."Kenapa...ma sakit ke?...." kerana setahu aku mak aku yang kebetulang pada minggu sebelumnya sakit teruk jugak....suami aku jawab..."Bukan...Bak..Bak"..terhenti2 ........aku tanya "kenapa dengan bak..."...Suami aku diam lagi....dan aku tanya "Bak dah mati ke?"....suami aku hanya diam namun aku dengar ada suara sebak disebalik diam itu....Aku tergamam.....sangat2 tergamam...setahu aku ayahku tiada penyakit kronik apa2 yang membolehkan dia mati terkejut begitu........Tidak sampai beberapa saat aku sudah jatuh terkulai......hset kawanku jatuh ke lantai......semua housemate ku bangun dan salah seorang nya merenjiskan air ke muka ku......agar aku dibangunkan segera.....namun belum sempat aku bangun, aku terkulai kembali................Bila aku tersedar aku hanya dengar azan subuh dan kawan2 aku ada dekat sebelahku...Pensyarah aku telefon agar jangan drive pulang ke terengganu....Dengan pantas pensyarah ku Pn.Rosilawati call MAS booking flight ticket paling awal...namun aku tidak bernasib baik kerana flight ticket habis yang ada hanya pukul 12 thari....

Sepanjang perjalanan ku ke KLIA, aku hanya mampu menangis,membaca Al-fatihah, menangis,membaca doa dan menangis lagi. Mataku dah sangat2 bengkak...Badanku dah lemah...Dan ketika itu terbayang kenangan2 bersama nya......Dan kalau tak silap aku sebelum aku terjaga tadi aku bermimpikan ayahku dan dalam mimpi itu bonda ayahku mengatakan ayah ku dah tak ada....wajah ayahku hanya tersenyum sahaja dlm mimpi itu....Mungkinkah itu satu kebetulan ataupun memang benar dia datang kepadaku untuk mengucapkan selamat tinggal.............

Bila tiba di KLIA...aku berjalan pun tak mampu,..dipapah dan ditemani oleh rakan ku....aku hanya mampu menangis, menangis dan menangis,...terkilan....kerana tak sempat bawanya ke konvokesyen ku nanti, tak sempat tngok adikku konvokesyen juga, dan pelbagai lagi harapan dan angan yang aku buat untuknya.....hanya tinggal kenangan.......


Bila tiba di rumahku...dari jauh dpt kulihat keretanya Iswara yang warna putih itu...motorsikal buruknya yang selalu membawa anak2 ku jalan2 petang2.....aku semakin lemah...mendaki anak2 tangga menuju ke rumahku di tingkat 1 itu.....Kebanyakan jiran2 sekeliling semua keluar melihat aku tiba....dan masing2 memandangku sayu..ada juga yang berbisik2..tidak kurang cuba menunngu ku ditangga takut aku jatuh pula nanti....mungkin mereka tahu bagaimana akrabnya aku dengan arwah ayahku........

Aku rebah lagi takkala ibuku memberitahu yang ayahku telah dikebumikan...Ya Allah.....aku tak sempat bertemu dengannya...Patutlaa dia muncul dalam mimpiku tadi....aku menangis...menangis dan trus menangis......aku peluk baju yang masih ada bau nya itu.....sehingga keesokkannya aku terus menangis dan menangis lagi..........

Lebih sedih lagi apabila adikku yang study di Egypt blum mengetahunya..........selang 2 hari selepas hari itu aku menerima mesej dari adikku mengatakan dia demam kat sana...aku tau dia masih belum tau.....dan aku tidak ada sebarang nombor untuk mnghubungi nya ketika itu...aku terus mnhantar mesej mnggunakan no yang dia mesejkan....dlm mesej terebut aku tulis"col k.efa segera...bak dah tak ada"......tak sampy 1 minit telefon rumah berdering......soalan2 bertalu diberikan kepadaku"kenapa dgn bak?...bak sakit apa?.....kenapa tak bagi tau bak sakit?..........kenapa tak bagi tau saya awal?....ini dah hari ke berapa?...........nanti saya amik tiket paling awal..........................aku hanya mampu terdiam.....kelu lidah....sedih mengenangkan adik yang jauh..yang hampir 2 tahun tak jumpa dgn bak....

Keesokkan paginya aku pegi ke Lapangan Terbang K.Terengganu....Bila tiba di tempat ketibaan dari jauh aku nampak wajah sayu adikku.......matanya bengkak........mukanya kusam......badannya lemah....mungkin dengan penerbangan yang panjang dan diikuti dengan perasaan terkejut......anak2 ku menjerit padanya..."Paksu..tokbak dah mati......"...dia hanya terdiam.........membisu.................

Kami terus ke pusara arwah ayah kesayangan kami........dan pagi itu dihadapan pusara ayah...adikku berkata kepadaku, kepada ibuku satu ayat yang akan aku ingat smpy bila2.."bila kita dijadikan.......kain kapan kita telah mula dijahit"...setiap manusia pasti akan menempuhinya...yang penting kita doakan kebahagian bak kat sana.............."...........................

Dan sekarang walaupun hampir 3 tahun pemergiannya...masih terasa seolah2 dia ada di sisi kami lagi...kasih sayangnya terhadap aku,suamiku adikku ,dan anak2 ku masih segar dalam ingatan..............Walau dia bukan ayah kandung buat kami berdua.,,...namun kasih nya tidak tumpah seperti ayah kandung....Bak lah satu-satu nya manusia yang tidak pernah menyisihkan aku walaupun aku bukan darah dagingnya dan keturunannya............Dan semenjak tanggal pemergiannya tidak pernah hilang dari mulutku walaupun satu hari berdoa kesejahteraannya di sana..........Betul lah kata pepatah....Kasih ayah bahagia selamanya.......Sekiranya sekarang aku terlalu merindukan nya aku akan tinggal di trengganu beberapa hari,membersihkan pusaranya dan mengemas rumah peninggalan nya itu.....Bak..semoga kau bahagia dan aman disana.....kasih sayangmu tetap utuh dalam ingatan ku......Cucu2 mu juga masih mengingati dirimu.......InsyaAllah....suatu ketika nanti kita akan berjumpa semula...di alam yang kekal abadi...alam yang tiada pemisahnya...........

Sila klik link dibawah ini untuk Tribute to my lovely "Bak"...and u will know why this man so special to me.........:)


KENANGAN TERINDAH

BAK.....MISS U SO MUCH.....
BAHAGIALAH KAU DISANA.....



Sunday, November 28, 2010

Aku x bersalah!!!!!

Assalamualaikum....

kuingatkan dapatlaa ku tulis entry yang indah2 hari ni kerana sgt xcited sgt dpt balik umah arwah ayah aku...Bertolak pada jam 9 pagi tadi..perjalanan yang kurang lancar disebabkan banyak nya keta yang bermula dgn W and J diatas jalan raya mnghala ke tganu...namun aku sabar dlm perjalanan...memanglaa penat...tak smpy satu hari pulang dari kl aritu aku dah ke k.terengganu...niat nya nanti bila sampai ku nak tido sepuas-puasnya dan nak beli keropok losong untuk anak2 ku....

Namun apakan daya, kita hanya mampu merancang...Bila ku buka pintu rumah yang tidak berpenghuni itu,aku nampak satu surat tertera "KETUA POLIS KUANTAN" yg dialamatkan dan penama nya adalah aku.....HAH!!!!!....apa aku dah buat...tanpa sempat mmbuka tudung dan meletakkan beg yg penuh ditanganku aku terus mngoyakkan surat itu.......dan terpaku bila trbaca....."ARAHAN MENGHADIRI PENYISATAN POLIS" ...dan aku terus mmbacanya lagi....Pihak polis sedang menjalankan sisatan berkaitan pengaduan yang dinyatakan diatas, sepertimana yang termaktub di bawah seksyen ...tuan adalah dengan ini diperintahkan untuk menghadirkan diri untuk disiasat dihadapan pegawai penyiasat kes ini di nama dan tempat berikut......Sekiranya tuan gagal hadir tanpa sebab yang berpatutan, maka suatu waran tangkap dari mahkamah akan dipohon untuk memaksa kehadiran tuan.......gulp!!!!...aku tak tau nak pk apa dah ...apa kesalahan aku..dan aku belek ms belakang aku tngok ada salinan laporan polis dari pengadu...pengadu nya iaitu...RUSLEY BIN WAHID...ALAMAT NO 2 LORONG PANDAN DAMAI 2/6 TAMAN PANDAN PERMAI BATU 7 JALAN GAMBANG....BERUMUR 47 TAHUN, PENGALAMAN MEMANDU 25 TAHUN......dlam aduannya dia mengatakan

 "PADA 12/10/2010 JAM LEBIH KURANG 10.55 MALAM, SAYA MEMANDU PEV 3544 DARI ARAH KUANTAN MENUJU KE ARAH GAMBANG, APABILA SAYA SAMPAI BERHAMPIRAN RESTORAN ZAMAN JAYA GADING KUANTAN-GAMBANG, SEMASA MENGEKORI DERETAN KENDERAAN SAYA MEMPERLAHANKAN VAN SAYA KRN DI HADAPAN SAYA TERDAPAT SATU SEKATAN JALAN RAYA OLEH PEHAK POLIS TIBA2 SAYA TERDENGAR BUNYI KENDERAAN DI BELAKANG MEMBEREK DAN DISUSULI DENGAN VAN SAYA TELAH DILANGGAR OLEH SEBUAH MOTOKAR NO *****. VAN SAYA MENGALAMI KEROSAKAN BUMPER BELAKANG KEMEK, LAMPU BESAR BELAKANG SEBELAH KANAN PECAH,CALAR BODY SEBELAH KANAN DAN LAIN2 KEROSAKAN YANG BELUM PASTI..."

Selesai aku baca surat tu bertarikh hari ni 28/11/10..maknanya aku akan dikenakan waran tangkap....!!!! Sedangkan keretaku itu sudah lama aku tolak ke used car di SAHABAT AUTO USED CAR..BUKIT SEKILAU....Saleman yg amik kete aku juga kenalan suami ku yang skarang keje kat MTBE berjanji tuk tukar nama dari bulan 6 itu lagi tapi belum tukar.....dan yang langgar orang itu bukan aku.......!!!!...Bengang, marah, sedih....semua ada.......mood tuk bercuti di trengganu hari ni trus hilang.....aku penat dah nak cleankan messy yang orang lain buat ........

Aku terus pergi ke kedai topup tadi reload banyak2 and aku col "mr Arab" saleman dan memarahi nya cukup2...aku peduli apa kalau dia kawan suamiku pun...sebab dia dah mnyusahkan hidup aku hari ni...dia berjanji akan setelkan benda ni esok pagi....aku rasa yang langgar ni mesti pompuan simpanan dia..cos aku pernah terserempak pompuan muda yang bawak kete aku ni...tapi aku tanya dia dia kata bini dia pakai..takpelaa mr arab....baik kau hati2 cos aku akan akan pecahkan tembelang kau kalau ko tak setelkan benda ni.....


Inilah kereta nya...aku syg keta ni sebenarnya..merempit amat best skali.. spanjang aku merempit tak pernah pun aku langgar orang dan dpt waran tangkap!!Aku lepaskan keta ni pun sebab terpaksa jek...aduhai kelisa kesayanganku....

Aku col jugak pengadu tu tanya dia kenapa dia boleh tuduh aku yang langgar dia..dia kata malam tu pompuan yang bawak...so aku tanya dia kalau pompuan,,...kenapa dia tak amik ic minah yang langgar tu malam tu...takkan tak dpt cam pompuan tu.....lepas tu takkan tak tanya pompuan tu keta tu sapa punya...bodoh punye manusia....aku rasa cam nak saman dia balik......suke2 jek nak lapor pasal orang tanpa usul periksa...BODOH BETUl LAAAA

Now aku hanya tunggu suami aku balik dan harap2 dia boleh setelkan benda ni cos ni kawan dia punya hal...Tolonglaa lepas ni jgn laa percaya "salesman" and "kawan".....akan manjadikan hidup anda haru biru......marah sangat2 sebenarnya.....letih laaa...sangat2 letih....aku mndapatkan tuah tuk orang sekeliling aku tapi balik2 aku asyik dapat "bad luck".....boleh tak sekali ini aku mintak aku bernafas dengan tenang dan damai tanpa ada benda yang menyulitkan aku!!!!!cos aku juga nak "berehat" .......

Tak nak pk dah.!!!..nak tidoooo...

*Semoga Allah membantuku dlm situasiku ini...tak jemu2 aku berdoa kepada Nya.....Mungkin ini dugaaan Nya buatku...

Saturday, November 27, 2010

Aduhai Blog.....

Assalamualaikum.....

Lama jugak aku tidak "berkarya" disini...Sebenarnya teringin sangat nak jadi peneman setia di Blogger ni..namun kadang2 masa yg tak cukup mmbuatkan aku malas nak pk lagi...Bangun tido pagi tadi tetiba trus ingatkan blogger yg lama aku tak bukak pun ni....Byk sangat nak cite sebenarnya.....tapi slow2 deh...Semalam aku baru smpy dari seremban dan kl...jam 10 malam tiba di kuantan...This wekend amat2 penat cos banyak nyer hal nak kene setlle down......nasib baik aku ada 3 orang anak yang setia bersama....walaupun kadang2 pening gak bila time diaroang buat tak tentu arah dlm perjalanan namun satu jek..yg best kalau mintak tolong masing2 semangat nak tolong......tq tq.......Suami ku pulak Mr.papa ada di tempat kerjanya di "Naga Laut"....kalau ada dia tak la penat sangat cos dia ya akan drive kete.....hehe.....Oklaaa..nak berenti kat sini dulu....aku nak pk dulu apa cite nak distory mory kan kat sini.....yang pastinya blog ini takkan ku tinggalkan lagi.......:))